Ekonom rabbani
Ha ha ha ha ha ha ha ha
Ekonom muda hey ekonom rabbani
Tempa diri tuk membangun bangsa madani
Ekonom cerdas hey ekonom rabbani
Mari mandiri kembangkan pontensi
Berjuang jangan mengeluh
Meski tubuhmu berpeluh
Karna kemiskinan semakin membunuh
Bertransaksi adil tinggalkanlah tipu daya
Yakinlah ekonomi islamkan jaya
Yakinlah ekonomi islamkan jaya
Bangkitlah-bangkitlah pemuda mulia
bersatu padu lintasi khatulistiwa
majulah hey ekonom rabbani bisa
mari sembuhkan ekonomi dunia
berbagi sesama, ketuk Nuraninya
yakin ekonomi islamkan jaya
berbagi sesamA, ketuk nuraninya
yakin ekonomi islamkan jaya
##mars FoSSEI
Ekonomi islam
Awal pertemuan dengan EKIS dimulai saat aku kuliah di FEB
UMS dan bergabung di UKM FAK, Sebuah UKM yg dinamis penuh ilmu dan seimbang. UKM FoSEI Forum Study Ekonomi Islam. Saat itu
hari terakhir PPA/OSPEK , MARU diberi kebebasan buat milih UKM mana yg mreka
pengen. Dengan semangat 45’ mahasiswa baru milih UKM , hampir 75% MARU pada
milih UKM theater, mapala, music. Sisanya ada yang ikut HMJ, IMM, penerbitan. Semua stand penuh dgn MARU yang
pengen daftar. Tapi menarik atau bisa dibilang aneh karena ada satu stand yang nggak ada MARU-nya, Cuma ada tiga akhwat berdiri sambil bawa bendera FoSEI . Diantara
tiga akhwat itu ada salah satu akhwat yang semangat banget ukh Bayu congrats
wisuda dengan predikat CUMLAUDE-nya). Dengan keberanian aku sama dua temenku
majulah ke stand FoSEI. Kita bertiga daftarlah ke FoSEI. Dan aku memang dateng ditempat yang tepat.
FoSEI adalah UKM yang menampung generasi muda buat belajar ekonomi
islam. Organisasi besar yang selalu diremehkan orang-orang yang ga tau FoSEI. Mereka
ga tau gimana kinerja FoSEI YANG MEREKA TAU
CUMA ORGANISASI DAKWAH YANG PUNYA BASECAMP KECIL DI KAMPUS. Saya kenalin
ya FoSEI itu sebuah UKM yang disetiap univ pasti ada tapi namanya aja yang
beda, contoh: UMS FoSEI, UNS KEI, IAIN SURAKARTA FrESH. Dan disetiap daerah ada
kantor komisariat-nya. Kantor pusat namanya FoSSEI. Diklat-nya ada tiga kali
namanya SET / sharia economic training, SET1 untuk diklat kampus, SET2 untuk
diklat kampus se-SOLO, SET3 untuk diklat se-JATENG. OKE segitu dulu perkenalan FoSEI-nya, kalo mau
lebih kenal bisa deteng ke FEB UMS jl. Ahmad Yani, Tromol Pos 1,Pabelan
Kartasura, Surakarta 57102.
Sekarang apa sih EKONOMI ISLAM itu?
ISLAM menekankan empat sifat dalam
bisnis yaitu kesatuan, keseimbangan, kebebasan dan tanggungjawab. Sekiranya
keempat-empat sifat ini dilaksanakan sepenuhnya, maka ia adalah puncak kepada
keindahan dan kesyumulan sistem ekonomi Islam yang tidak terdapat pada ajaran
lain. Natijahnya ialah keberkatan hidup di dunia dan akhirat serta pengampunan
daripada Allah s.w.t. Disebabkan Islam menyusun sepenuhnya tatacara ekonomi
yang perlu dipatuhi penganutnya tanpa sebarang kompromi, haram dan halal
sesuatu perniagaan menjadi asas kepada sesuatu perniagaan yang ingin diceburi. Islam
menetapkan bentuk perniagaan, barangan dan perkhidmatan yang boleh dan tidak
boleh diperniagakan. Sesuatu yang menimbulkan syak dan syubhat perlu ditinggalkan.
Manusia sebagai khalifah di muka bumi Allah tidak dibenarkan bersifat
individualistik kerana semua kekayaan dan kemewahan adalah milik Allah sahaja. Setiap
sen dan kekayaan kita adalah milik Allah kerana rezeki itu datang daripadanya. Kemewahan
dan kekayaan perlu dikongsikan bersama terutama dengan orang miskin melalui
zakat dan sedekah.
Manusia hanyalah pemakmur dan pembangun di muka bumi sahaja dan ia dinyatakan
oleh Allah dalam al-Quran yang bermaksud: “Dia menciptakan kamu dari bumi (tanah)
dan menjadikan pemakmurnya.” (Hud:61).
Sistem ekonomi Islam berbeza daripada kapitalisme, sosialisme, mahupun negara
kebajikan atau welfare state. Orang miskin dalam Islam tidak dilihat sebagai
kelompok yang malas dan yang tidak suka menabung, ketinggalan atau tidak ingin
maju ke hadapan. Prinsip Islam Hadhari yang diilhamkan Perdana Menteri jelas
menunjukkan bahawa Islam begitu komited kepada pembangunan dan kemajuan umat
Islam dalam ekonomi dan fiskal negara. Sekiranya semua Islam Hadhari
diterjemahkan secara bijaksana maka asas ekonomi negara akan menjadi kukuh dan
dikagumi masyarakat dunia.
Sepuluh prinsip yang dimaksudkan adalah:
- Keimanan dan ketakwaan kepada Ilahi.
- Kerajaan adil dan beramanah.
- Rakyat berjiwa merdeka.
- Penguasaan ilmu pengetahuan.
- Pembangunan ekonomi seimbang dan komprehensif.
- Kehidupan berkualiti.
- Pembelaan hak kumpulan minoriti dan wanita.
- Keutuhan budaya dan moral.
- Pemeliharaan alam semula jadi.
- Kekuatan pertahanan.
Jelas di sini berdasarkan kepada prinsip Islam Hadhari, etika bisnes Islam amat
menjunjung tinggi semangat saling percaya, kejujuran, tolong menolong, amanah
dan keadilan serta semangat kekeluargaan.
Misalnya larangan riba adalah bersifat kejam dan menekan pihak yang lemah serta
memerlukan.
Firman Allah bermaksud: “Wahai orang beriman, hendaklah kamu semua sentiasa
menjadi orang yang menegakkan keadilan kerana Allah, lagi menerangkan kebenaran
dan jangan sekali-kali kebencian kamu terhadap sesuatu kaum itu mendorong kamu
kepada tidak melakukan keadilan.
“Hendaklah kamu berlaku adil (kepada sesiapa juga) kerana sikap adil itu lebih
hampir kepada takwa dan bertakwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha
Mengetahui dengan mendalam akan apa yang kamu lakukan.” (Surah al-Maidah, ayat
8)
Sejarah dan tradisi Islam membuktikan bahawa sememangnya Islam adalah agama
yang menggalakkan perdagangan, perniagaan atau bisnes. Satu sistem perniagaan
Islam sudah dilaksanakan sejak ribuan tahun dulu kerana ia suatu pekerjaan yang
amat disukai dan digalakkan Islam. Allah menjanjikan pahala dan ganjaran
kebaikan yang banyak kepada peniaga yang ikhlas dan jujur dalam perniagaannya. Nabi
Muhammad s.a.w sendiri adalah seorang ahli perniagaan yang berjaya. Sahabat
seperti Saidina Abu Bakar, Saidina Umar, Saidina Uthman dan ramai lagi adalah
tokoh korporat Arab yang amat hebat dan dihormati sebelum dan selepas mereka
memeluk Islam. Mereka menjadi tonggak dan penyumbang utama kepada perkembangan
ekonomi umat Islam ketika itu melalui dana zakat, infa’ dan derma. Peniaga juga
tidak dibenarkan menipu dan mengurangi kadar sukatan dan timbangan. Rasulullah
sering mengingatkan peniaga supaya memberi kemudahan dan pertolongan kepada
mereka yang memerlukan. Ini dapat dilihat kepada pelaksanaan muamalah melalui
pembelian secara hutang dan bayaran secara ansuran serta tangguh. Kemudahan
kredit ini adalah sebenarnya satu kelebihan kepada yang berhajat dan tidak
menekan mana-mana pihak. Kini kita dapat bermuamalat secara tunai dan hutang
mengikut kemampuan kita. Medium pembayaran lain seperti melalui penggunaan kad
kredit, potong gaji bulanan, bayaran di kaunter dan sebagainya tidak bercanggah
dengan syariat Islam bertujuan memudahkan lagi proses pembelian dan dapat
merancakkan perkembangan ekonomi serta fiskal negara. Dalam hubungan ini,
Rasulullah bersabda maksudnya: “Sesiapa yang memberi tangguh kepada orang yang
susah, mahupun dilangsaikan hutang itu, Allah akan memayungkannya di hari
kiamat di bawah bayangan ‘arasyh-Nya’. Sesungguhnya
membangunkan prasarana ekonomi Islam dengan penuh etika adalah ibadah dan
perkara yang sangat dituntut agama.
EKONOMI ISLAM ITU INDAH!!!!!